Monday, March 10, 2008

Proses Perak mencari Menteri Besar





Sabtu 15hb March 2008, selepas solat subuh. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mendoakan anak kecil ini menjadi manusia soleh dan berjaya memikul amanah.



KITA MOHON ALLAH SUSUN YANG TERBAIK UNTUK NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Barisan pemimpin baru negeri Perak perlu membuangkan semua sifat-sifat diri yang masih tercalit. Sekarang adalah proses penyucian. Pembersihan zahir dan bathin. Tiada gunanya sekarang kita menang sorak tetapi disebabkan kurang perancangan, pendek fikiran dan tiada memohon dari Allah akan keredhaan, keberkatan dan rahmatNYA - esok kampong tergadai.

Cukuplah jika maruah kita semua sudah tercemar disebabkan kerakusan kuasa dan tamak harta pangkat dunia. Yang bersalah jika telah bertaubat dan mendirikan tauhid dengan benar, terimalah dengan hati yang terbuka.

Lihat matlamat kita, nilaikan langkah-langkah kita. Berfikir dengan benar. Satukan, cantumkan supaya kita menjadi lebih kuat lebih padu.

Jika situasi ini yang dihadapi oleh Rasulullah - fikirkan apakah tindakan dan keputusannya? Nilaikan juga adakah cara kita berfikir telah benar hingga dapat menghasilkan jawapan dan keputusan yang tepat?

Ramai pakar rujuk rohani, rujuklah. Ada masa, bertafakurlah. Ramai-ramai bermunajat supaya kita semua dapat membuat keputusan yang benar.

Apabila semuanya telah benar - Perak akan berubah dan terus menjadi pencetus dunia baru!

Nota:

Benar - Siddiq

2 comments:

Anonymous said...

Tepat sekali saranan itu. Mampukah Menteri Besar baru ini bertegas dan kukuh dengan prinsip yang diperjuangkan atau menjadi boneka semata-mata lalu hilang perjuangan sebenar diri dan parti yang diwakilinya?

Anonymous said...

Benar apa yang dikatakan. Sudah lama saya tidak membaca artikel yang sebegini. Benar walaupun sakit mendengarnya tapi mudah difahami. Saudara memberi masalah, mengupasnya lalu menyediakan penyelesaian.

Kenapa perkara yang kita anggap terlalu sukar untuk dilakukan tetapi sebenarnya adalah mudah?

Syabas