Tuesday, May 20, 2008

PERUBAHAN


Semua bentuk lanskap akan berubah selepas ini. Lanskap politik di Malaysia tidak terkecuali apabila masing-masing sudah tidak selesa lagi berada di dalam penjara parti politik.

Tangan mula dihulurkan untuk bekerjasama iaitu bagi mencapai harapan Ibu Pertiwi. Masa akan menentukan, doa ikhlas menjadi baja supaya kesedaran tumbuh segar di dalam hati sanubari.

Individu akan berubah personaliti mereka. Apabila hati mereka telah suci, mereka akan berdiri lalu bersunguh-sungguh menarik tangan orang yang di bawah supaya sama-sama bangun menikmati hari-hari yang lebih indah, penuh bermakna dan ada ketentuanNya.

No comments: