Monday, February 9, 2009

SALAH FAHAM

buah jarak
---
PADANG JARAK PADANG TEKUKUR


Peribahasa Melayu yang menggambarkan kawasan yang luas sejauh mata memandang. Sukar pula untuk bertemu dengan tekukur. Negatif pada maksudnya.

Hakikat sebenarnya berbeza:

Padang Jarak Padang Tekukur sebenarnya membawa makna bahawa sebuah kawasan luas yang tumbuh dengan pokok jarak. Apabila benih pokok jarak sudah matang, ia akan jatuh ke tanah. Benih itu kemudiannya akan tumbuh menyebabkan pokok-pokok jarak tumbuh rapat. Tekukur amat suka dengan kawasan begini apalagi banyak makanannya di situ.

Peribahasa ini di sambung pula dengan SILAP LANGKAH JATUH TERSUNGKUR yang membawa pengertian bahawa berhati-hatilah berjalan di kawasan yang ditumbuhi pokok jarak kerana silap langkah takut terseradung dengan akar atau batangnya - nanti tersungkur.

Terlalu banyak perkataan dan peribahasa Melayu yang diketahui mempunyai ilmu tersirat penuh berhakikat masih tertutup lagi dari pengertian sebenarnya. Ini mengakibatkan masyarakat Melayu menjadi lemah kerana tidak memahami maksud sebenarnya yang cuba disampaikan oleh cendiakawan atau ilmuwan Melayu dahulu kala.

Benarlah, akibatnya masyarakat Melayu telah tersilap langkah kerana tidak dapat menyelami ilmu bangsa sendiri ~ akibatnya akan menanti waktu untuk tersungkur jika tidak dibetulkan halatuju dan strategi melangkah.

---

NASIHAT DAN PERINTAH

Sultan-sultan Melayu sebelum zaman J.W.W Birch ~ kebanyakannya berilmu. Alim.

Apabila British menjajah menggunakan sistem pecah dan perintah. Sultan Abdullah di buang lalu digantikan dengan anak-anak raja pilihan British. Residen Inggeris kemudian menjadi penasihat kepada Sultan yang baru dilantik. Menggunakan sistem yang ditetapkan oleh British, Sultan WAJIB mengikuti nasihat Residen Inggeris ini. Pada hakikatnya perkataan NASIHAT membawa erti PERINTAH. Tetapi untuk menjaga hati orang Melayu, tidak sanggup melihat Sultannya tunduk pada orang lain lebih-lebih lagi kepada bangsa lain, maka perkataan NASIHAT digunakan supaya kelihatan lebih lembut lebih bersopan.

Kebenarannya:
Menggunakan sistem penjajah British ini, Raja-Raja Melayu di PERINTAH oleh Residen Inggeris yang mendapat arahan terus dari ketua mereka yang berada di England atau di India.

Sistem ini tidak pernah bertukar malah dilanjutkan oleh British hingga digunakan sehingga hari ini. Apabila Perdana Menteri menasihati Yang DiPertuan Agung, nasihat itu akan diikuti jua.

Apabila Menteri-menteri Besar menasihati Sultan, Sultan-Sultan Melayu mengikuti jua.

Sistem ini tidak pernah berubah sejak dari zaman Tanah Melayu di jajah British, diteruskan walaupun negara telah mendapat kemerdekaan hinggalah ke hari ini.

Sebarang perubahan yang bertentangan dengan sistem turun temurun ini adalah pelik. Menggunakan perkataan menderhaka juga adalah pelik. Semuanya jadi pelik dan orang Melayu menjadi semakin keliru.

--

1 comment:

Anonymous said...

Salam.

Saya dan kawan-kawan dari Universiti Malaya telah menggunakan blog ini sebagai bahan thesis kami.

Harap dapat restu.

Salam.

JAS