Friday, March 28, 2008

MENTERI BESAR PERAK


Beri peluang untuk kami buktikan - Menteri Besar Perak, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin


".........Pertamanya saya nyatakan pada awal tempoh hari bahawa kerajaan campuran ini berpaksikan atas nilai-nilai universal itu sendiri dan kita akan menyampaikan kepada rakyat bahawa hasilnya ialah memberi manfaat kepada rakyat.

Yang pertamanya kebajikan, jadi rakyat ingin lihat apakah bentuk kebajikan yang tercerna hasil daripada kita yang membuatkan kerajaan yang adil dan telus ini. Mesti ada bentuk kebajikan kepada mereka dalam apa bentuk sekali pun...dalam bentuk sosialnya, pendidikannya.

Yang keduanya, kita mesti tunjukkan bahawa kerajaan ini mempunyai sifat-sifat 'kemesraan' dan tidak menakutkan pelabur-pelabur dalaman dan luaran.

Yang ketiga yang kita katakan mesra ini ialah, semangat Persekutuan. Maknanya kerajaan yang ada pada hari ini tidak sekali-kali akan menunjukkan apa-apa ruang yang boleh menyebabkan rakyat berpendapat bahawa akan terjejas hubungan antara negeri dengan Persekutuan.

Oleh itu semangat 'Federalisme' itu akan sentiasa dijunjung dan kita tidak mahu terjejas. Dalam semua aspek dan kita tidak akan menafikan apa sahaja dasar-dasar misalnya Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Oleh kerana BN menetapkan untuk memenuhi janji-janjinya dalam NCER, maka kita akan terus menyokong kerana itu azam YAB Perdana Menteri sendiri. Kita bermatlamat dan berharap bahawa pelaksanaan NCER ini sudah tentulah akan memberi peluang dari segi pekerjaan, pembangunan dan infrastruktur negeri ini. Kita tidak perlu persoalkan buat masa ini sebab kita rasakan NCER ini boleh diteruskan termasuk apa yang dirancang oleh Jabatan Perdana Menteri dan sebagainya.

Dalam ucapan semasa angkat sumpah, saya memberi penghargaan terima kasih kepada bekas menteri besar Dato' Seri Tajol Rosli dan wakil-wakil rakyat Umno di atas khidmat yang mereka telah sumbangkan kepada penduduk di negeri ini.

Saya juga mengalu-alukan sekiranya ada perkara-perkara baik yang difikirkan perlu dan ingin mereka sampaikan, berilah cadangan itu kepada kami. Dan kita juga tidak secara terus-meneruskan menyatakan apa sahaja yang dirancang oleh mereka dalam konteks sedang, dalam dan akan dilaksanakan, kita akan terus cantas ... tidak sama sekali.

Kita akan mengkaji apa yang manfaatkan rakyat, kita akan teruskan. Mana-mana yang perlu 'ditablekan' semula kita akan kaji balik.

Jadi untuk itu kita tidak mahu membanyakkan musuh. Sudahlah musuh yang ada pun kita perlu tangkis inikan pula nak menambah musuh yang baru ... saya rasa itu tidak cermat dan tidak manfaat.

BERILAH KESEMPATAN
Kepada semua khususnya rakyat di negeri ini berilah kesempatan saya dan kerajaan campuran yang baru sekurang-kurangnya 100 hari. Tak pastilah sama ada 100 hari ini merupakan 'magical numbers' tetapi tiga bulan itu adalah suatu tempoh yang adil bagi menilaikan dan memberi peluang.

Sebab suasana di Perak merupakan 50 tahun dalam dakapan BN, jadi apa yang berlaku ini, satu perkara yang tidak boleh diduga dan tidak dapat kita 'imagine' malah nak dibayangkan sikit pun tak boleh.

Jadi untuk itu kita minta ya ... harapan kita supaya rakyat di Perak ini memberi sokongan.

Untuk itu saya merayu dan mengharapkan ... berilah peluang."
- sedutan dari HarakahDaily.Net (wawancara Ketua Pengarang Harakah, AHMAD LUTFI OTHMAN bersama wartawan AZAMIN AMIN).

Monday, March 10, 2008

Proses Perak mencari Menteri Besar





Sabtu 15hb March 2008, selepas solat subuh. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mendoakan anak kecil ini menjadi manusia soleh dan berjaya memikul amanah.



KITA MOHON ALLAH SUSUN YANG TERBAIK UNTUK NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Barisan pemimpin baru negeri Perak perlu membuangkan semua sifat-sifat diri yang masih tercalit. Sekarang adalah proses penyucian. Pembersihan zahir dan bathin. Tiada gunanya sekarang kita menang sorak tetapi disebabkan kurang perancangan, pendek fikiran dan tiada memohon dari Allah akan keredhaan, keberkatan dan rahmatNYA - esok kampong tergadai.

Cukuplah jika maruah kita semua sudah tercemar disebabkan kerakusan kuasa dan tamak harta pangkat dunia. Yang bersalah jika telah bertaubat dan mendirikan tauhid dengan benar, terimalah dengan hati yang terbuka.

Lihat matlamat kita, nilaikan langkah-langkah kita. Berfikir dengan benar. Satukan, cantumkan supaya kita menjadi lebih kuat lebih padu.

Jika situasi ini yang dihadapi oleh Rasulullah - fikirkan apakah tindakan dan keputusannya? Nilaikan juga adakah cara kita berfikir telah benar hingga dapat menghasilkan jawapan dan keputusan yang tepat?

Ramai pakar rujuk rohani, rujuklah. Ada masa, bertafakurlah. Ramai-ramai bermunajat supaya kita semua dapat membuat keputusan yang benar.

Apabila semuanya telah benar - Perak akan berubah dan terus menjadi pencetus dunia baru!

Nota:

Benar - Siddiq

Wednesday, November 28, 2007

Sentubong










di manakah putera -puteri mu? apakah aku di sini lagi hanya menatap tinggi sayup mu itu?

Thursday, November 15, 2007

ROYAL BELUM



Dato' Seri DiRaja Tajol Rosli, Menteri Besar Perak



.........sms pada rakan-rakan: "KERJA ALLAH JANGAN DI SEKAT. Bertahun-tahun saya dan team berusaha menukarkan Hutan Simpan Belum ke ROYAL BELUM untuk menyelamatkan belantara yang kaya dengan khazanah fauna dan floraNya dari musnah, apabila nama ditukarkan secara rasmi dan dimashurkan oleh Sultan Perak, idea di sedut tetapi projek itu di berikan kepada orang lain. Kami turut bersimpati apabila bangunan yang dibina musnah runtuh keseluruhannya."

(rujuk UTUSAN MALAYSIA 14hb November dan THE STAR 15hb November 2007)

Jawab rakan-rakan: Itu kerja orang atas! Biarlah Si Luncai (Besar perut Besar juga kepalanya) terjun dengan labu-labunya......"

___________
- suara RIMBA

Thursday, November 1, 2007


Pulang ke kampong, kini kelihatan sepi. Tiada lagi pesan orang-orang tua untuk dijadikan bekal perjalanan.


Segala ingatan terungkai. Masa yang berlalu, keadaan berubah dan ramai yang telah berpindah alam. Ingatan kasih mesra yang ada, itulah jadi penghubung antara kita, AL FATIHAH.

Wednesday, October 31, 2007

gagah berdiri


adakalanya berbaur dengan malap dan terang. hanya menunggu cahaya yang tidak padam-padam menyinari keindahannya. Pesan orang tua-tua, cahaya itu tidak pernah padam walau sesaat tetapi terlalu banyak lapisan yang menutup kita darinya.

daun kering



yang segar turut terkulai layu lalu menjadi kering seperti yang lain.

langkah pertama


ibarat kelapa semuanya berguna


pesanan yang jangan kita lupakan

Sebab megah diri Azazil menjadi iblis
Sebab degil Firaun mati tenggelam dalam laut
Sebab tamak Zamrud mati jadi kafir
Sebab belot jatuhnya Kerajaan Melayu Melaka
Sebab bodoh Pak Lebai Malang, ayamnya menang kampungnya tergadai
Sebab angan-angan Si Luncai terjun dengan labu-labunya
Sebab marahlah, Dang Anum dibelah perutnya oleh Sultan Mahmud


“Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan kesedaran hatinya. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat daripadanya. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

".........mandilah asalkan suci dan bersih........."


pembersihan - penyucian

Air adalah punca berbagai benda. Bersihkan dengan air dan biar air yang mengalir mensucikannya. Badan sihat, fikiran tenang dan hati yang tenteram.

Tuesday, October 30, 2007

malaysia ku



Terdapat berbagai usaha yang dilakukan untuk mencapai matlamat RMke-9. Siapa pegang report card nya?
atau masih lalai lagikah kita?