Tuesday, April 1, 2008

Pesanan Orang Berilmu




Anak-anak kecil ini lebih lurus, lebih ikhlas.



Jangan jaga tepi kain orang.

Orang Melayu yang telah berjaya keluar dari kepompong kemiskinan - walau pelajaran setinggi manapun, jika cara berfikir tidak benar - terperosok juga di dalam kancah manusia tiada ilmu dan maruahnya lebih rendah dari haiwan apabila MENJAGA TEPI KAIN ORANG.

Tanya si murid, apa yang lebih rendah dari haiwan?

BANGKAI
_________

Rosaknya Islam disebabkan oleh orang Islam sendiri, rosaknya Melayu disebabkan oleh orang Melayu.

Hari ini manusia tahu memilih makanan yang enak-enak, sedap dan lazat tetapi apabila beribadah seperti solat, mereka tidak merungut apabila perbuatan itu tidak dirasainya enak, sedap dan lazat. Yang mereka berpuas hati, dapat solat - memenuhi waktu, ikut perintah Tuhan - dapat pahala dan dapat syurga.

IKHLAS itu di mana? tanya sang guru.
_________

Adakah ibadah itu seperti perbuatan Solat, berpuasa, umrah dan haji, bersedekah dan lain-lain perbuatan yang disuruh?

Hidup ini adalah ibadah untuk mereka yang tahu. Yang tak tahu, jadi burung kakak tua. Apa orang lain cakap dia pun cakap, apa orang lain buat dia pun buat.

Pada yang tahu, tidur itupun adalah ibadah!

Itulah keindahan Islam.

Oleh itu, JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG! Jika itu kita buat, bodohlah kita selama-lamanya dan pada yang mengejar syurga - syurga itu hanya untuk orang yang pandai sahaja. Pandai bukan pada diploma, ijazah atau kertas pengiktirafan dunia tapi pandai yang mendapat endorsement dari Allah dan Rasul.

JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG! Jadikan ini pelajaran pertama.

3 comments:

Anonymous said...

Benar. Ramai yang lupa daratan apabila telah menduduki takhta mendapat kuasa dan dikurniakan kekayaan dan kesenangan hidup.

Tapi ramai pula tersungkur apabila leka dengan kuasa dan kekayaan. Benarlah, biarkan Luncai terjun dengan labu-labunya.

Anonymous said...

Biarkan kerajaan baru memerintah Negeri Perak, mudah-mudahan mereka lebih baik dan memahami hasrat rakyat.

Mereka nampaknya berilmu dan bersungguh-sungguh. Tidak seperti barisan pemerintah dahulu - angkuh dan mementingkan diri sendiri serta orang-orang yang sentiasa mengampu.

Anonymous said...

Gembira melihat anak-anak bermain. Di wajah mereka kelihatan ceria dan keikhlasan diri yang kini telah tiada pada kita.

Saban hari kita memikirkan bagaimana untuk mencari rezeki, sibuk dengan tugas di samping acara lain yang memerlukan masa.

Saya adalah seorang ahli UMNO Negeri Perak. Setelah melalui proses organisasi berparti dan giat di dalam UMNO - sebelum pilihanraya umum baru-baru ini saya banyak termenung sendiri.

Apabila keputusan pilihanraya keluar dan Negeri Perak jatuh ke tangan DAP dari segi majoritinya, saya panik sendiri tetapi masih mengharapkan ada kerjasama di antara PAS dan UMNO. Tetapi harapan saya ini saya tahu adalah tidak berasas kerana pemimpin UMNO lebih mementingkan parti dari segala-galanya. Perjuangan Melayu, perjuangan Islam - secara peribadi saya katakan memang ada di dalam UMNO tetapi malangnya lebih cenderung kepada tidak ikhlas dan mementingkan diri sendiri.

Saya bersyukur apabila menyedari bahawa perlembagaan negeri tidak membenarkan bangsa lain menjadi MB.

Apabila MB baru dari PAS dengan rasminya menjadi MB Perak menggantikan Tajul Rosli, saya bermohon supaya biarlah beliau berkaliber, mampu membangunkan negeri Perak khususnya orang Melayu yang selama ini telah dibiarkan terpinggir.

Saya mengikuti perkembangan MB baru ini dan bersyukur bahawa Allah telah meletakkan orang yang layak ke bangku MB.

Beliau,saya yakin mampu mencipta sejarah baru negeri Perak dan akan dapat menggerakkan pembangunan negeri dan rakyat keseluruhannya.

Sungguhpun begitu, janganlah kita pinggirkan pemimpin bukan Melayu, selagi mereka rakyat Perak, selagi mereka rakyat Malaysa - jika mengikut landas pentadbiran Rasulullah - kita boleh bekerjasama erat dan menunjukkan bahawa kita mempunyai disiplin bekerja, beramanah, bertanggungjawab, bertolak ansur dan bersifat terbuka tetapi tegas dan meletakkan amanah melebihi segalanya.

Insyaallah ditakdirkan Allah, dengan teladan baik yang kita tunjukkan - semua mereka saya doakan akan menjadi saudara kita.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mahu mencontohi cara dan dasar pemerintahan kerajaan pimpinan Umar Abdul Aziz.

Ini adalah era baru negeri Perak. Tahniah!